• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon

© 2017 by DecoGuru. Proudly created by Pesona Hias Sdn. Bhd.

Please reload

Recent Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Featured Posts

10 Tips Meningkatkan Nilai Rumah Anda

May 15, 2017

Ingin menjual atau menyewa rumah anda dalam masa yang singkat dan mendapat pulangan lebih lumayan? Kami ada caranya.

 

Kami tahu setiap pemilik rumah yang berhasrat menjana pendapatan melalui hartanah pasti ingin rumahnya cepat disewa atau dibeli.

 

Lagi-lagi kalau dapat keuntungan yang lumayan. Memang tersenyum sampai ke telinga. 

 

Dengan tip-tip ini, senyuman itu mampu menjadi milik anda.

 

1. Pastikan rumah anda bersih. Dari lantai yang berkilat hinggalah tingkap bersinar. Senang cerita, semua permukaan mest di sental. Samaada anda buat sendiri atau boleh upah servis professional yang buatkan. - INI ADALAH WAJIB.

 

2. Barang-barang yang tidak perlu haruslah dibuang. Ini termasuklah bekas pansel, wayar-wayar yang tidak digunakan, majalah-majalah lama atau lain-lain. Ia tidak mudah, tetapi percayalah hasilnya rumah anda pasti akan kelihatan lebih tersusun dan kemas.

 

Tetapi, tidak semua barangan anda perlu dibuang, pasu bunga, pinggan mangkuk atau cawan yang sesuai, mampu memberi identiti yang tersendiri utntuk rumah anda.

 

3. Lantai rumah anda juga perlu kelihatan menarik. Susunan atau pemilihan karpet juga akan memberi impak terhadap ruang-ruang di dalam rumah.

 

4. Pilihlah warna yang agak ‘neutral’. Ia bukanlah bermaksud anda hanya perlu memilih warna putih, Ini memastikan warna pilihan anda mampu diterima dan diminati oleh ramai bakal penyewa atau pembeli.

 

5. Hiaslah bilik tidur utama dengan selengkapnya. Dengan sentuhan lipatan selimut di katil, susunan ‘frame’ gambar di dinding atau gubahan bunga di meja pasti mampu membuat bakal penyewa atau pembeli tertarik dengan rumah anda.

 

6. Gunakan semua ruang di rumah anda sebaiknya. Kalau sebelum ini ruang itu hanya digunakan sebagai ‘store’, kini tiba masanya untuk anda kemas dan jadikan ia sebagai bilik tetamu atau bilik kanak-kanak. Ini pasti mampu menaikkan lagi nilai sewaan atau jualan anda. 

 

7. Tunjukkan bagaimana anda bijak menggunakan semua ruang di dalam rumah. Ruang kosong di bawah tangga mampu dijadikan ruang belajar atau ruang ‘attic’ boleh dijadikan ruang pejabat di rumah. Ini mampu menjadi bonus tambahan untuk rumah anda.

 

8. Anda ada binatang peliharaan? Pastikan anda betul-betul bersihkan carpet, langsir dan perabot di rumah anda dari bulu atau bau binatang peliharaan anda.  Ini mampu menyebabkan bakal penyewa atau pembeli kurang berminat dengan rumah anda kerana tidak semua orang selesa dengan haiwan peliharaan.

 

9. Jadikan rumah anda kelihatan lebih luas. Penyusunan dan pemilihan perabot juga mampu memberi impak yang besar untuk rumah anda. Kebiasaanya susunan ‘symmetrical’ mampu menjadikan rumah anda lebih luas. 

 

10. Rumah anda mempunyai balkoni? Jadikan ia sebagai ‘selling point’ untuk rumah anda. Dengan pemilihan meja ‘cafe’ dan gubahan bunga yang sesuai, bakal penyewa atau pembeli pasti dapat membayangkan bagaimana mereka mampu menikmati minum petang di balkoni anda.

 

Jadi, nak pastikan rumah anda disewa atau dijual dengan cepat dan pulangan yang lumayan bukanlah susah sangat. Dengan ikut tip-tip ini, peluang anda semakin terbuka. 

 

Tapi, kalau anda tidak mampu atau tidak mempunya masa. DECOGURU mampu membantu anda. 

 

Selamat meng ‘upgrade’ rumah anda.

 

 

Sebarang pertanyaan, sila klik link di bawah

http://www.wasap.my/60133834665

https://www.decoguru.my/quotation-1

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square