• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon

© 2017 by DecoGuru. Proudly created by Pesona Hias Sdn. Bhd.

Please reload

Recent Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Featured Posts

Dekorasi dalaman untuk tingkatkan nilai hartanah

July 18, 2017

Untuk mencari bakal penyewa unit anda bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dengan keadaan pasaran hartanah kini yang terlalu banyak persaingan, bakal penyewa lebih suka mencari unit yang murah dan akhirnya anda tiada pilihan dan terpaksa menurunkan harga sewa kepada kadar yang kadangkala tidak menguntungkan semata-mata untuk mencari bakal penyewa.

 

Ini adalah senario biasa yang dihadapi pelabur-pelabur hartanah pada masa kini berikutan persaingan untuk menyewa unit telah menjadi lebih kompetitif.  Pada masa kini, pelabur-pelabur hartanah sepatutnya perlu berfikir dengan lebih kreatif bagaimana untuk menarik bakal penyewa memilih unit mereka dan pada masa yang sama memastikan aliran wang positif untuk pelaburan hartanah tersebut.

 

Kebiasaanya pelabur hartanah akan menyenaraikan rumah milik mereka di laman sesawang seperti mudah.my atau iProperty.com untuk mencari bakal penyewa.  Persoalannya, bagaimana caranya untuk membuatkan unit anda ‘menonjol’ dan menjadi pilihan bakal penyewa dari ribuan iklan rumah yang lain?

 

Pelabur hartanah yang bijak tahu bahawa menyeneraikan unit mereka di laman sesawang saja tidak mencukupi, ianya perlu menonjol untuk bersaing dengan unit-unit lain.

 

Antara cara yang terbukti berkesan untuk menarik minat bakal penyewa dan meningkatkan nilai hartanah unit anda ialah menggunakan khidmat dekorasi dalaman. Maksud dekorasi dalaman disini ialah mencantikkan ruang sedia ada dalam unit anda sesuai dengan profil bakal penyewa anda.

 

Walaupun pada kebiasaanya ‘interior designer’ akan cas anda 30% dari harga unit anda untuk kerja pengubahsuaian penuh unit , perlu ditekankan disini bahawa anda tidak perlu menghabiskan beratus ribu semata-mata untuk kerja dekorasi kerana unit anda akan disewakan kepada orang luar dan bukan untuk anda tinggal disitu.

 

Tanggapan seperti ini adalah punca mengapa ramai pelabur hartanah mengambil keputusan untuk tidak mendekorasi atau menambah nilai pada unit mereka sebaliknya terus mengiklankan unit mereka dalam keadaan kosong dengan harapan dapat menarik minat bakal penyewa.

 

Ini adalah tanggapan yang salah. Perbelanjaan besar bukan lah solusi untuk menarik minat bakal penyewa kerana ianya hanya akan menggangu aliran wang anda sahaja. Disini saya sertakan contoh bagaimana dekorasi kos rendah tetapi impak besar dapat menarik minat bakal penyewa dan meningkatkan kadar sewa unit anda. 

 

Ini adalah contoh unit di Damansara Perdana berkeluasan 1000 sqft yang mempunyai 3 bilik tidur. Unit ini telah disewakan dengan kadar RM1700 sebulan kepada pasangan muda.

 

RM1700 boleh dikira rendah untuk kawasan di Damansara tetapi dengan persaingan unit-unit lain, pemilik tidak mempunyai pilihan lain untuk menaikkan harga sewa seperti yang diharapkan walaupun kawasan Damansara mempunyai permintaan sewa rumah yang agak tinggi.

Setelah mendapatkan khidmat DecoGuru iaitu konsultan dekorasi hartanah, mereka menjangkakan unit ini boleh disewakan dengan kadar yang lebih tinggi tetapi tema dekorasi dalaman perlu lah menepati citarasa demografik bakal penyewa di Damansara Perdana.

 

Kawasan Damansara Perdana ini boleh dikategorikan sebagai ‘business driven area’ kerana dikelilingi banyak ofis dan kawasan perniagaan utama seperti IKEA dan the Curve.

 

Menurut DecoGuru, tema moden dan minimalis sangat sesuai untuk kumpulan sasaran kawasan ini iaitu golongan muda. Setelah unit ini menjalani proses dekorasi selama 2 minggu, pemilik sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka dan proses seterusnya ialah mencari bakal penyewa yang berminat.

 

Dengan kos RM10,000, DecoGuru telah mengubahsuai kawasan utama rumah iaitu ruang makan, ruang tamu, bilik tidur utama dan juga telah menambah ‘breakfast bar’ sesuai dengan citarasa golongan muda. Setelah siap didekorasi, unit ini telah diiklankan dengan harga RM2800 sewa bulanan dan telah Berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyewa unit ini.

 

 

 

Ini menunjukkan bahawa dengan kos serendah RM10,000 sahaja, pemilik berjaya meningkatkan ROI tahunan dari RM20,400 kepada RM33,600 iaitu peningkatan sebanyak 64%!

 

 

Walaupun lokasi hartanah amat penting, pelabur hartanah perlu faham bahawa demografik penyewa abad ini mencari-cari nilai tambahan pada unit yang bakal mereka diami. Pelabur hartanah perlu bijak untuk menonjolkan unit mereka untuk keluar dari persaingan harga yang tidak menguntungkan.

 

Ini juga membuktikan strategi terlalu berjimat dalam pasaran hartanah dengan harapan mendapatkan pulangan yang tinggi bukanlah satu strategi yang baik. Anda perlu berbelanja lebih sedikit untuk meningkatkan nilai hartanah anda untuk menikmati pulangan lumayan pada masa hadapan.

 

Sebelum dan selepas

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square